Baru Belajar
Wednesday, 2 January 2013 | 20:44 | 0 comments
Assalamualaikum semua. Saya baru disini. Walaupun agak kaku guna blog ni tapi saya akan cuba sikit demi sedikit bak kata peribahasa melayu sedikit demi sedikit lama jadi bukit. *cikgu azmani* Lohhh. Ini semua kawan saya Amalina atau twitter dia @amalmonsta lah ni suruh buat. Katanya nak tolong edit lah, bagi lawalah. Dia punyalah semangat nak ajar semua ni. Sedangkan aku macam malas malas jer nak buat. Bukan ape takut nanti blog ni berhabuk tak update update langsung. Maklumlah budak baru belajar kan. Samalah jugak macam twitter mula mula rasa boring jer, lama lama main terus melekat macam cicak kena lempar dengan Nokia 3310 dekat dinding. Haha. Melekat habis lah. Okey ini dah lari dari topik dah ni. Okey lupakan. Awak yang tengah baca ni tolonglah ajar saya erk, jangan tolong gelak jer bila nampak saya buat silap. Tolong erk. *muka simpati*
Sayang saya iaitu nur yusaini atau yuzz nama pendek dia ade blog, jadi saya pun berjinak jinaklah dengan blog ni. Jeles kot tengok dia ade blog, dahlah blog dia cantik. Macam saya ni. Hmmm hampeh gilaa. Macam blog kena ribut taufan tahu tak. Haha. Nak edit edit memang saya tak reti. Nak mintak ajar dari yuzz agak malulah. Yerlah takkan lelaki mintak ajar dekat perempuan, jatuh martabat woi. Jadi saya ambil langkah nak survey sendiri blog ni. Tapi tibe tibe tangan ni rasa nak buat blog. okey, sekarang saya buat. Sebab dah ramai paksa kan. Bagi sapa sape yang paksa tu tolonglah ajar, jangan diam pulak. Awak yang tengah baca ni pun boleh tolong jugak.Selalu kalau nak luah perasaan dekat twitter jer, sebab dah buat blog ni nak luah dekat sini jerlah. Mana tahu dapat tenangkan diri lebih sikit kan. Hidup biaselah kalau ade masalah kan, tak boleh lari. Kena tempuh jugak. Dugaan dari Allah. Redha jerlah. Tapi tak derlah sampai suka maki maki orang kan. Maki dalam hati jerlah. Eh da macam banyak merepek jer ni. Baik saya pergi dulu. Karang lagi panjang pulak entry ni. Okey gtg atau got to go, ayat singkat kan. haha. Btw atau by the way, singkat lagi. haha. Follow my twitter @CikCrabb, My Instagram : CikCrabb, Okey bye guys, terima kasih kerana baca.



